Seo Services

Keadaan di Thailand semakin tidak terkawal


BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand, semalam terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air ke arah kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang mengadakan bantahan untuk menggulingkan kerajaan.

Ribuan penyokong Baju Kuning meninggalkan lokasi utama perkhemahan mereka selepas pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban menggesa satu perhimpunan diadakan untuk menyokong penubuhan kerajaan baharu.

Bagaimanapun, protes tersebut bertukar ganas selepas kumpulan ekstremis bertindak mencetuskan huru-hara ketika mereka cuba untuk menyerbu kelab polis.

Penasihat keselamatan kerajaan, Paradorn Pattanatabut berkata, keadaan menjadi semakin tidak terkawal hingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Menurut laporan AFP, susulan daripada insiden itu, seramai lima orang dilaporkan cedera, namun tiada butiran lanjut didedahkan.

Tindakan Baju Kuning mengadakan kemuncak bantahan itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan berikutan kumpulan Baju Merah merancang untuk menganjurkan perhimpunan mega di wilayah Udon Thani pada hari ini.

Pemimpin Baju Merah, Kwanchai Pripana menegaskan mereka sedia berjuang untuk menyokong Yingluck Shinawatra dan turut memberi jaminan tidak akan mencetuskan sebarang keganasan.
Keadaan di Thailand semakin tidak terkawal Keadaan di Thailand semakin tidak terkawal Reviewed by Unknown on May 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.