KAHERAH 12 Mei - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun ke atas 36 orang pelajar Universiti al-Azhar, semalam selepas terlibat dalam tunjuk perasaan ganas Disember tahun lalu, ekoran penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi.
Menurut sumber, kesemua mereka didapati bersalah kerana melakukan kekacauan, menghalang jalan di hadapan universiti dan bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan.
Selain itu, tambahnya, mahkamah turut mengarahkan mereka membayar denda sebanyak 4,300 euro (RM 19,101). - AFP
36 pelajar Universiti al-Azhar Mesir dijatuhi hukuman penjara
Reviewed by Unknown
on
May 12, 2014
Rating:
No comments: