Seo Services

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku


‘SELAMAT HARI IBU’!

Mungkin masih belum terlambat untuk anda mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing. Semalam merupakan hari yang paling bermakna kepada sesiapa yang bergelar ibu. Mungkin itulah ucapan yang sering kita lihat di laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya sempena hari ibu yang disambut pada 11 Mei.

Malah, seminggu sebelum hari ibu lagi ramai yang sudah mula mengucapkan kepada ibu mereka. Tidak kisahlah bagi yang memanggil ibu mereka mak, ummi, mummy ataupun yang lain-lain, perkataan ibu sahaja sudah merujuk kepada satu-satunya ibu kita.

Di Malaysia, tanggal 11 Mei 2014 disambut sebagai memperingati jasa ibu yang telah bersusah-payah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Tiada siapa yang tahu keperitan seorang ibu membesarkan kita dari kecil sehingga sekarang, bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh.

Sebenarnya bagi menghargai jasa ibu, seorang individu tidak perlu menunggu untuk menyambut hari ibu kerana hari-hari adalah hari yang istimewa untuk ibu kita.

Tanpa kasih seorang ibu, siapalah kita didunia ini. Sehebat mana pun individu tersebut, kalau tidak kerana kasih dan sayang ibunya sendiri maka tidak ternilai hidupnya kerana jelas syurga dibawah tapak kaki ibu.

Padadal masa kini juga, ramai yang sudah menjadi ibu di usia yang terlalu muda tetapi usia tidak menghalang mereka menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bahkan mereka menganggap anak adalah satu anugerah yang tidak ternilai.

Walaupun sibuk dengan kerjaya, tidak kurang juga ada dikalangan artis sempat memberikan ucapan yang bermakna kepada ibu mereka.



MAKNA HARI IBU?

Hari Ibu disambut sebagai hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia.

ASAL USUL HARI IBU?

Hari Ibu juga disambut pada hari yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya.

Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.

Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos.

Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.

ADAKAH SAMBUT HARI IBU HARAM?

Ramai yang mempersoalkan hal ini, sesetengah pihak mengatakan haram bagi umat islam menyambut hari ibu kerana merujuk kepada ‘Mothers of church’ perayaan bagi orang kafir.

Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Tetapi, jika difikirkan dari segi positif tidak salah bagi kita untuk meraikannya selagi tidak menentang hukum syarak. Anggap sahaja kita meraikan pengorbanan ibu kita selama ini yang telah menjaga kita. Ada juga yang menyambut hari ibu dengan begitu meriah sekali. Tidak lupa juga kepada yang telah kehilangan ibu mereka, jangan bimbang, masih ramai lagi yang menyayangi anda.
Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku Reviewed by Admin on May 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.