Seo Services

Kampung Melayu Tabuan Foochow akan digantikan dengan apartmen


Kerajaan negeri akan menyusun dan membangun semula kedudukan perumahan serta penempatan penduduk di Kampung Tabuan Haji Draman dan Kampung Tabuan Melayu, Jalan Foochow di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkara itu telah diusulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan negeri tahun lalu.

Katanya, rancangan pembangunan semula itu meliputi pembinaan apartmen bagi menggantikan 500 rumah kayu di kawasan yang majoriti didiami masyarakat kaum Melayu.

“Kita telah merancang perkara itu sebelum kejadian kebakaran tempoh hari berlaku kerana menyedari kedudukan rumah di sini agak berselerak dan tidak tersusun.

“Ramai yang menyangka di sini adalah kawasan perumahan setinggan, sebenarnya setiap pemilik rumah di sini mempunyai surat tanah masing-masing di atas nama mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menemani Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar ke tempat kejadian hari ini.

Dalam kejadian pagi Rabu lalu, tiga beranak termasuk dua kanak-kanak ditemui rentung selepas sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Haji Draman Jalan Foochow di sini.

Mengulas lanjut Dr. Hazland berkata, beliau merupakan penasihat Jawatankuasa Bencana akan memastikan 64 mangsa dan waris yang terlibat dalam kebakaran Rabu lalu menerima bantuan sepatutnya.

Katanya, kini kesemua mangsa yang kehilangan rumah menumpang di rumah keluarga masing-masing dan sumbangan makanan serta pakaian telah disalurkan oleh banyak pihak.

“Kita juga telah meneliti terdapat kira-kira empat mangsa yang kehilangan rumah dalam kebakaran ini layak untuk mendapat Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia kerana mempunyai pendapatan sederhana.

“Bagi dua beradik, Nur Ain dan Nur Alieya yang kehilangan ibu dan dua adiknya pula akan diberi bantuan pendidikan oleh Yayasan Sarawak serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri," katanya.


Kampung Melayu Tabuan Foochow akan digantikan dengan apartmen Kampung Melayu Tabuan Foochow akan digantikan dengan apartmen Reviewed by Unknown on May 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.