BANGKOK - THAILAND. Pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva, semalam menggesa supaya pilihan raya baharu yang dirancang pada 20 Julai depan ditangguhkan untuk tempoh enam bulan lagi.
Menurut Abhisit, langkah itu bertujuan untuk meredakan krisis politik yang semakin meruncing di negara itu.
"Pemangku perdana menteri, Yingluck Shinawatra seharusnya bersedia untuk berundur sebelum proses pemilihan tersebut. Beliau perlu akur dengan gesaan rakyat yang mahu pemimpin itu meletak jawatan sejak November lalu," katanya dipetik Reuters.
Bekas perdana menteri terbabit menyuarakan pendapat itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) bersetuju untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Julai depan.
Difahamkan, Abhisit masih belum mengesahkan sama ada Parti Demokrat pimpinannya akan turut serta dalam pilihan raya tersebut selepas mereka mengambil tindakan memboikot proses terbabit pada Februari lalu.
Abhisit gesa tangguh pilihan raya
Reviewed by Unknown
on
May 05, 2014
Rating:
No comments: