Seo Services

Hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak


Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang hasutan daripada parti pembangkang yang cuba memporak-perandakan keadaan dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di negeri ini yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli dewan undangan negeri (ADUN) untuk meluluskannya yang mana hanya 25 peratus wakil rakyat beragama Islam.

Beliau berkata, oleh itu bagi bukan Islam tidak perlu khuatir kerana ia hanya propaganda yang dimainkan oleh pembangkang untuk menentang Barisan Nasional (BN).

“Undang-undang hudud yang dibangkitkan pada masa kini hanya di Kelantan bukannya negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah pelajar Cemerlang di Sekolah Menengah (SMK) Tunku Abdul Rahman, Jalan Matang, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, parti pembangkang di Sarawak ini cuba menghasut orang ramai bahawa BN telah memberikan persetujuan untuk melaksanakan hukum hudud, padahal perkara itu tidak benar.

“Sebelum melaksanakan apa-apa undang-undang, adalah penting untuk memahami undang-undang dan hak istimewa di Sarawak ini, segala keputusan juga harus melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebagai rakyat, anda harus bijak menilai, berfikir secara logik dan jangan membuat andaian yang tidak masuk akal," katanya.


Hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak Hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak Reviewed by Unknown on May 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.