Seo Services

Aishwarya Rai mengandung lagi?


NEW DELHI - Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dikatakan sedang hamil anak kedua selepas dia dilihat sedikit berisi ketika keluar mengundi untuk pilihan raya Parlimen India, minggu lalu.

Desas-desus kehamilan isteri aktor Abhishek itu dikuatkan lagi apabila Aishwarya mengenakan baju longgar seolah-olah cuba melindungi bahagian perutnya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Aaradhya, 3.

Menurut portal berita India, Sahara Samay, kehamilan itu juga dikatakan menjadi faktor bekas Ratu Dunia tersebut terpaksa menolak tawaran berlakon daripada pengarah Mani Ratnam, sedangkan Aishwarya sebelum ini sangat berharap untuk bekerjasama di bawah arahannya.

“Berita kehamilan itu membuatkan Aishwarya mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri seni buat masa terdekat," jelas portal tersebut.

Selepas bersalin, aktres itu banyak memberi tumpuan kepada Aaradhya, malah sering dilihat membawa anak pertamanya itu ke majlis-majlis dihadirinya.

“Detik-detik menjadi ibu sangat bermakna sehingga saya tidak sedar betapa pantas masa berlalu. Saya banyak menerima tawaran daripada pengarah, namun komitmen sebagai ibu menjadi keutamaan saya," katanya. - AGENSI

Aishwarya Rai mengandung lagi?  Aishwarya Rai mengandung lagi? Reviewed by Unknown on May 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.