Seo Services

Lawatan Muhyiddin samarak hubungan KL-Tashkent


TASHKENT 3 Mei - Hubungan Malaysia dengan Uzbekistan akan diberi suntikan baharu dengan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, sekali gus menonjolkan 'Jenama Malaysia' yang sudah diterima baik di negara Asia Barat itu.

Duta Malaysia di Uzbekistan, Abdul Aziz Harun berkata, negara republik itu berpandangan positif terhadap pencapaian Malaysia sebagai negara moden, pembangunan ekonomi setanding negara maju serta mengamalkan toleransi dalam negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik dan agama.

Beliau berkata, Malaysia perlu memanfaatkan kekuatannya dalam sektor seperti pendidikan serta perdagangan dalam usaha meningkatkan hubungan dengan negara tanpa pantai yang didiami oleh kira-kira 30 juta penduduk itu.

Dalam bidang pendidikan sahaja, beliau berkata, kira-kira 650,000 pelajar Uzbekistan menamatkan sesi persekolahan setiap tahun manakala hanya di antara 62,000 dan 65,000 tempat ditawarkan di universiti tempatan di sini.

"Pendidikan merupakan sektor yang kita boleh mengambil kesempatan dengan adanya lebih 100 kemudahan pendidikan tinggi yang cemerlang di negara kita," katanya pada taklimat media di sini, hari ini, menjelang ketibaan Muhyiddin di Tashkent, Ahad ini.

Sempena lawatan empat hari itu, Muhyiddin dijadual bertemu dengan pemimpin Uzbekistan serta pemain industri perniagaan di sini. - BERNAMA
Lawatan Muhyiddin samarak hubungan KL-Tashkent Lawatan Muhyiddin samarak hubungan KL-Tashkent Reviewed by Unknown on May 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.