Seo Services

"Kami akan bertemu Perdana Menteri" - Abdullah

Wakil Barisan Nasional Sarawak akan menetapkan satu pertemuan dengan perdana menteri bagi membincangkan penambahan kadar royalti 20% seperti yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Malah kami juga akan bertemu mana-mana menteri berkenaan untuk memohon lebih banyak geran serta untuk menyalurkan wang (geran) itu bagi tujuan pembangunan, demikian kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional BN (BNBC) Sarawak, Abdullah Saidol dalam sidang media semalam.

Abdullah mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah meluluskan usul pindaan yang dibentangkan beliau, bagi memohon secara rasmi kepada kerajaan persekutuan supaya menambah kadar bayaran royalti minyak dan gas daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semop, berkata, kesemua anggota dewan undangan negeri mewakili rakyat yang hadir memberi sokongan sebulat suara kepada usul tersebut.

"Kami perlu mendapat sesuatu yang padu untuk menggerakkan idea ini ke hadapan dan berharap kerajaan persekutuan akan memberi perhatian serius terhadap kami. Langkah kami ini bebas daripada perasaan untuk berkonfrontasi," katanya

Beliau menambah, sokongan sebulat suara daripada kedua-dua pihak itu juga menunjukkan dengan jelas kehendak seluruh rakyat. - SARAWAKIANA

"Kami akan bertemu Perdana Menteri" - Abdullah "Kami akan bertemu Perdana Menteri" - Abdullah Reviewed by Admin on May 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.