Mengalamai bau badan? Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Kita perlu ingat bahawa kulit badan kita terbina daripada jutaan sel-sel yang membentuk tisu kulit dan sepanjang masa tisu ini memang mati diganti dengan kulit yang baru.
Tisu yang mati ini akan membentuk belulang nipis yang menyelaputi badan kita. Jika tidak dibuang, mikrob akan tinggal di sini, dan makan peluh kita. Sisa makannya ialah amonia yang menyebabkan bau badan. Tisu yang mati ini akan membentuk belulang nipis yang menyelaputi badan kita. Jika tidak dibuang, mikrob akan tinggal di sini, dan makan peluh kita. Sisa makannya ialah amonia yang menyebabkan bau badan.
Makanan juga akan menyumbang lagi keadaan ini. Masalah badan berbau masam atau tengik amat merisaukan dan boleh membuatkan kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Disini terdapat beberapa petua yang kita boleh amalkan untuk menghilangkan bau badan yang masam dan tengik.
1. Menghilangkan Bau Badan dengan Mandi Secara TeraturBau badan boleh terjadi jika pola hidup kita tidak teratur, diantaranya kerana kita jarang mandi. Maka dari itu jika anda ingin terbebas dari bau badan, mandilah secara teratur 3 kali sehari.
2. Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
3. Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
4. Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.
5. Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
6. Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
7. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
8. Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
9. Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
10. Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
11. Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
12. Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.
Bau badan memang sangat mengganggu kita, terutama ketika kita sedang berkumpul di tempat umum misalnya ketika naik bas atau pengankutan umum yang lain. Bukan hanya mengganggu diri kita, namun juga orang di sekitar atau yang dekat dengan kita.
Petua Hilangkan Bau badan
Reviewed by Admin
on
May 07, 2014
Rating:
No comments: