Seo Services

Zizan Puji Sharnaaz Profesional & Percaya Emma Maembong Tahu Jaga Diri Sendiri


Rasanya satu Malaysia dah tahu mengenai hubungan cinta pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong bukan? Malah, mereka kini semakin ‘lovey-dovey’ pula di laman sosial masing-masing.

Namun, semalam kami ada memaparkan mengenai peminat Zizan yang meminta dia berjaga-jaga dek kerana buah hatinya itu digandingkan bersama pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.

Bagaimanapun, melalui sebuah portal hiburan, khabarnya Zizan sendiri tidak kisah jika Emma digandingkan dengan Sharnaaz kerana dia percaya gadis itu pandai menjaga diri.

Malah, Zizan turut menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang pelakon yang sangat profesional dan meminta agar peminatnya tidak risau akan perkara tersebut.

“Saya tahu Emma pandai jaga diri, dia tahu macam mana nak membataskan pergaulan dia sebagai seorang gadis timur. Malah, saya tahu Sharnaaz seorang yang sangat profesional ketika berkerja.”

Kepada peminat-peminat semua, tak perlulah risau. Emma cuma berlakon, dia gadis melayu dan dia tahu jaga maruah pelakon melayu.

Nampaknya kepercayaan Zizan pada Emma begitu sungguh. Kalau nak tahu, melalui laman sosial Instagram milik Zizan sendiri, dia telah memuat naik sekeping foto dan menggelarkan dirinya sebagai Abi kepada Emma.

Apapun, doakan hubungan Zizan dan Emma cepat-cepat ke jinjang pelamin. Kalau dah jodoh, tak kemana. – Mymediahub.
Zizan Puji Sharnaaz Profesional & Percaya Emma Maembong Tahu Jaga Diri Sendiri Zizan Puji Sharnaaz Profesional & Percaya Emma Maembong Tahu Jaga Diri Sendiri Reviewed by Admin on May 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.