Seo Services

Budaya Sosial Hari Ini

Jika kita bercakap tentang masalah sosial, sangat luas skopnya. Bermula dengan individu sebagai suatu elemen tersendiri dan ahli di dalam masyarakat.

Setiap individu itu ada pertalian dengan hubungan sosial. Jadi jika kita melihat berlaku gejala sosial, tentulah ada hubungan dengan individu itu sendiri.

Bercakap tentang gejala sosial, ia membawa kita berbalik kepada masalah individu dan tentunya berkait rapat dengan pembinaan insan.

Mengikut ilmu sosiologi, karakter seseorang itu akan ditentukan oleh beberapa faktor dan gelagat sosial. Gelagat sosial ini akan mempengaruhi keseluruhan masyarakat.

Kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban mulia, sedikit demi sedikit mulai mengikuti kebudayaan barat.

Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini banyak dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita. Corak pemakaian remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok mata malahan tidak menghargai keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh wanita yang seharusnya ditutupi tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata memandang.

Daripada pemikiran barat pemikiran barat yang mengacu kepada kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan berekspresi membuat kita menjadi ikutan. Sebagai contoh corak pemakaian artis artis tempatan yang telah dahulunya mengikuti busana daripada barat kini menjadi ikutan remaja kini. Kebanyakan gaya fesyen kini lebih menonjolkan bentuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan yang terselah. Budaya pemakaian yang tidak sopan ini juga bukan sahaja melanda remaja wanita malahan turut serta pada belia lelaki kini.

Berbagai krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini.

Remaja yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi.ternyata pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini.

Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya nagetif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan genarasi akan datang.

Budaya Sosial Hari Ini Budaya Sosial Hari Ini Reviewed by Admin on May 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.