Seo Services

Kerajaan jimat RM2 bilion pertukaran asing, terima kasih kepada Universiti Penyelidikan


KUALA LUMPUR : Lebih daripada RM2 billion nilai simpanan pertukaran asing telah dibuat oleh kerajaan dengan adanya Universiti Penyelidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata dengan wujudnya Universti Penyelidikan, daripada 6,975 jumlah graduan PhD, 3,897 adalah graduan tempatan..

Fokus terhadap Penyelidikan & Pembangunan oleh Universiti Penyelidikan akan membantu dalam menyediakan pakar-pakar negara yang akan meningkatkan pembangunan dan momentum ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan program Universiti Penyelidikan pada tahun 2007 untuk mempercepatkan pembangunan, menuju ke arah status negara maju menjelang 2020.

Menurutnya lagi, dasar Universiti Penyelidikan telah mencipta pelbagai ciptaan teknologi tinggi dan makmal yang canggih.

"Melalui program Kisah Kejayaan Universiti Penyelidikan, kami berharap orang ramai menyedari sumbangan yang diberikan oleh Universiti Penyelidikan ke arah pembangunan negara dan juga kepada kehidupan masyarakat," katanya hari ini di “Malaysia as a Developed Nation: The Role of Research Universities; Media Event Showcasing Research Universities' Success Stories” yang diadakan di Universiti Putra Malaysia.

Universiti Penyelidikan ini terdiri daripada lima buah universiti dan mereka adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .

UPM, UM, UKM dan USM mendapat status sebuah Universiti Penyelidikan pada tahun 2007 manakala UTM menerima mereka pada tahun 2010.


Sumber : NST
Kerajaan jimat RM2 bilion pertukaran asing, terima kasih kepada Universiti Penyelidikan Kerajaan jimat RM2 bilion pertukaran asing, terima kasih kepada Universiti Penyelidikan Reviewed by Admin on May 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.