Seo Services

Dua premis urut tawar khidmat seks diserbu

KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membongkar taktik dua premis urut yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di sebalik ‘nama’ pusat refleksologi di Kepong di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi berasingan, seramai 18 wanita warga Vietnam yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks di dua pusat urut itu, dicekup polis.

Ops Noda itu diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais bersama 10 anggota dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mohammad berkata, ketika serbuan, dua daripada wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu sedang melayan pelanggan.

“Siasatan mendapati premis tidak berlesen, guna nama pusat urut namun sebaliknya menawarkan khidmat seks,” katanya.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing dan Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 salahguna pasport. - SH

Dua premis urut tawar khidmat seks diserbu Dua premis urut tawar khidmat seks diserbu Reviewed by Admin on May 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.