Seo Services

Emma Stone komited kempen bebas kanser



BUKAN sahaja cantik dan berbakat, pelakon Emma Stone melengkapkan kejadian indahnya dengan pakej memiliki sekeping hati yang mulia.

Apa yang menguatkan lagi kenyataan itu adalah dengan sikap ambil tahu yang ditunjukkan oleh Stone. Baru-baru ini, di kota besar New York, Stone terlibat dalam satu kempen untuk penghidap kanser.

Memetik laporan E! Online, Stone melibatkan diri dengan kempen bebas kanser anjuran Entertainment Industry Foundation Revlon Run/Walk for Women.

“Acara itu berlangsung pada 3 Mei lalu. Stone menunjukkan semangat dan keyakinan untuk menyertai kempen itu. Dia memberikan komitmen dan begitu komited dalam melaksanakan tugas itu.

“Sungguh, dia sangat mengambil tahu dan prihatin dengan nasib penderita kanser," kata salah seorang sumber kepada E! Online.

Tambah sumber itu, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Stone juga ada alasan yang cukup kuat.

“Pada 2008, ibu kepada Stone iaitu Krista Stone pernah dilaporkan menghidap barah payudara. Hal itu memberikan lagi kekuatan dan semangat untuk Stone dalam memberi bantuan berbentuk kerja amal dengan melibatkan diri dalam sesebuah kempen kanser," katanya.

Acara amal yang sudah dilakukan sejak 1994 itu merupakan usaha dalam menunjukkan keprihatinan terhadap penghidap kanser terutama golongan wanita.

Wang yang diperoleh hasil daripada pelbagai sumbangan akan disalurkan terus kepada penghidap kanser bagi tujuan kos rawatan dan sebagainya.


Emma Stone komited kempen bebas kanser Emma Stone komited kempen bebas kanser Reviewed by Unknown on May 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.