Seo Services

Penghantaran barang bersubsidi ke Sarawak cecah RM319 juta



Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan berjumlah RM319 juta bagi menanggung kos tambahan membawa masuk barangan bersubsidi ke Sarawak dalam tempoh lima tahun ini.

Dalam masa sama, kerajaan nege­ri turut menerima empat kes penyeludupan barangan bersubsidi di seluruh negeri ini.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, tiga daripada kes tersebut telah dibawa untuk siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) manakala satu kes berjaya dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kesemua individu ditangkap terlibat dalam aktiviti haram itu dikenakan kompaun antara RM10,000 hingga RM75,000 dan kontrak jualan mereka dihentikan serta-merta oleh KPDNKK.

"Bagaimanapun setakat ini, kita tidak menerima apa-apa laporan kes penyeludupan barangan bersubsidi di Ba’kelalan.

"Dalam tempoh sama, kerajaan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM319 juta bagi menanggung kos tambahan membawa masuk barangan bersubsidi ke Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Baru Bian (PKR-Ba’kelalan) dalam Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Bangunan DUN Sarawak baharu, Petra Jaya di sini hari ini.

Jelas Peter Nansian (BN-Tasik Biru), pihaknya mendapati masalah utama yang dihadapi dalam menangani masalah penyeludupan barangan bersubsidi di negeri ini adalah kurang menerima laporan daripada orang ramai.

Katanya, kerjasama semua pi­hak termasuk agensi swasta dan penduduk setempat merupakan langkah yang paling tepat bagi menangani masalah penyeludupan daripada berleluasa.

Penghantaran barang bersubsidi ke Sarawak cecah RM319 juta Penghantaran barang bersubsidi ke Sarawak cecah RM319 juta Reviewed by Unknown on May 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.