LOS ANGELES 4 Mei - Penyanyi popular, Jennifer Lopez menolak untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengekalkan bentuk badannya yang dikagumi golongan lelaki dan diingini kaum wanita.
Juri rancangan realiti pertandingan nyanyian American Idol itu dalam temu bual dengan stesen radio, 2dayFM berkata, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan bentuk badannya, namun tidak akan terlibat dalam sebarang pembedahan plastik.
"Saya terlalu takut untuk melakukan pembedahan bagi mengekalkan bentuk badan saya.
"Saya rasa ia juga dapat dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam,'' katanya.
Lopez bagaimanapun, mengaku adakalanya dia seperti wanita lain merasakan dirinya gemuk.
"Apabila saya merasa demikian, saya akan melakukan sesuatu untuk membuat saya berasa cantik pada hari tersebut seperti dengan berpakaian cantik,'' katanya.
Jennifer Lopez tolak pembedahan plastik
Reviewed by Unknown
on
May 04, 2014
Rating:
No comments: