LIMA 4 Mei - Seorang wanita Peru berumur 116 tahun, Filomena Taipe Mendoza diisytiharkan sebagai wanita kedua tertua di dunia.
Filomena yang dilahirkan pada 20 Disember 1897 dan tinggal dalam keadaan serba kekurangan di Andes, hanya tiga bulan lebih muda daripada wanita Jepun, Misao Okawa yang diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia oleh Guinness World Records dan Gerontology Research Group yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Kementerian Pembangunan dan Lima Sosial Peru berkata, kad pengenalan Mendoza mengesahkan tarikh lahirnya.
Wanita itu berkata, dia sangat tua kerana dia bukan berasal dari abad lepas tetapi kurun sebelum itu.
"Rahsia saya hidup lama adalah kerana saya mengamalkan pemakanan daripada sumber semula jadi. Saya sentiasa makan ibu kentang, daging dan susu kambing, keju dan kacang," katanya.
Dia berkata, apa yang dimakannya adalah hasil tanamannya. "Saya tidak pernah minum minuman dalam tin," katanya. - AFP
Wanita Peru diisytiharkan sebagai wanita kedua tertua di dunia.
Reviewed by Unknown
on
May 04, 2014
Rating:
No comments: