Seo Services

Keadaan di Thailand kini kritikal


Pemangku Speaker Dewan Senat Thailand, Surachai Liengboonlertchai memberi amaran konflik politik di negara ini semakin buruk ketika anggota Senator mengadakan pertemuan tidak rasmi bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.

Liengboonlertchai yang mempengerusikan mesyuarat itu semalam berkata, konflik yang berlanjutan selama berbulan-bulan di negara ini semakin meruncing dan tidak terkawal.

Menurut beliau, perbincangan di peringkat Senat, semalam tidak mampu mencari jalan penyelesaian selepas tarikh yang ditetapkan oleh ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban yang mengugut akan meneruskan tunjuk perasaan jika tiada Perdana Menteri baharu dilantik oleh Senat, berakhir pada hari yang sama.

Portal berita The Nation melaporkan, Thaugsuban sebelum ini mengugut akan meneruskan tunjuk perasaan jika tiada Perdana Menteri baharu dilantik oleh Senat.

“Krisis politik di Thailand telah berlarutan lebih 10 tahun lalu dan Dewan Senat tidak akan berjaya menyelesaikannya dalam masa sehari.

“Kami akan cuba mencari jalan terbaik demi kebaikan rakyat dan negara ini," kata Liengboonlertchai yang dilantik sebagai Speaker Senat yang baharu pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun Liengboonlertchai enggan menjawab pertanyaan media berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu jika beliau diberi kuasa seperti yang disarankan oleh Thaugsuban, ketua Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC).

“Saya tidak mempunyai jalan penyelesaian bagi menamatkan krisis politik di negara ini buat masa ini, tetapi saya akan berbincang dengan institusi lain berhubung perkara tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihak tentera Thailand bersiap sedia untuk menghalang pertempuran antara kumpulan penunjuk perasaan penyokong kerajaan dan antikerajaan yang boleh tercetus pada bila-bila masa.

Timbalan Jurucakap Tentera, Kolonel Winthai Suvari berkata, tiada sebarang petanda keganasan akan tercetus antara penyokong kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah dan kumpulan PDRC, tetapi langkah berjaga-jaga tetap diambil.

Beliau turut menolak khabar angin yang tersebar dalam rangkaian media sosial yang mendakwa pihak tentera akan melancarkan rampasan kuasa.

Keadaan di Thailand kini kritikal Keadaan di Thailand kini kritikal Reviewed by Unknown on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.