Seo Services

Keperibadian seseorang terhadap 'Ciuman'

Ahli perubatan mendapati bahawa ciuman adalah baik untuk kesihatan. Ciuman adalah perbuatan menekankan bibir seseorang terhadap salah satu anggota tubuh diri sendiri atau orang lain. Pandangan budaya terhadap tindakan mencium sangatlah bervariasi.

Sebuah ciuman dapat digunakan untuk menyatakan banyak perasaan, antara lain cinta, gairah, kasih sayang, rasa hormat, salam, dan persahabatan. Saat ini, ciuman telah menjadi ungkapan umum perasaan kasih sayang pada banyak budaya di berbagai belahan dunia.

Ciuman bukan hanya dianjurkan bagi orang tua kepada anak-anaknya, namun dianjurkan pula bagi pasangan suami istri. Ketika suami akan berangkat kerja, maka dia harus mencium istrinya terlebih dahulu, begitu pun sebaliknya, ketika istrinya mau keluar rumah, maka suami pun harus mencium istrinya terlebih dahulu. Ciuman daripada suami kepada isteri, ibu kepada anak atau sebaliknya mempunyai kesan positif baik dari segi kesihatan fizikal maupun emosi. Ciuman juga merupakan rahsia kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Kadang kala, anak hanya memerlukan ciuman dari ibu mereka untuk mendapat kekuatan saat mereka merasakan kesusahan. Hal ini terjadi kerana ada psikologi antara ibu dan anak, sehingga anak berasa selesa bersama ibu mereka.

Namun, menurut seperti apa yang dipetik dari 'Times of India', dunia perubatan telah mengakui bahawa ciuman boleh meningkatkan pengeluaran saliva atau air liur. Saliva berfungsi membersihkan sisa-sisa makanan dari permukaan gigi sekaligus menurunkan tahap keasidan yang menyebabkan gigi rosak atau reput. Air liur juga menghalang pembentukan plak pada gigi.
Keperibadian seseorang terhadap 'Ciuman' Keperibadian seseorang terhadap 'Ciuman' Reviewed by Admin on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.