Seo Services

Kerajaan membuktikan kesungguhan bantu PKS


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan pembangunan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi negara.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) negeri, Datuk Julaihi Narawi berkata, kesungguhan memajukan PKS boleh dilihat apabila kerajaan telah menyalurkan per­untukan berjumlah RM541.8 juta kepada pelbagai agensi dan institusi kewangan bagi menyokong program tersebut.

Katanya, terdapat banyak agensi yang menyediakan peruntukan untuk merancakkan PKS di negeri ini.

"Selain itu, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan lain melalui agensi ter­tentu dan bank komersial.

"Tahun depan, kerajaan akan terus memberi sokongan dan bantuan untuk membolehkan PKS terus berkembang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) dalam Persida­ngan Hari Keempat Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah peruntukan tahun depan adalah bergantung kepada pembentangan belanjawan negara yang dibuat nanti.

Kerajaan membuktikan kesungguhan bantu PKS Kerajaan membuktikan kesungguhan bantu PKS Reviewed by Unknown on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.