Seo Services

Nelayan Di Tawau Diminta Segera Daftar Bot

TAWAU – Nelayan di daerah Tawau yang belum mendaftarkan bot atau kapal masing-masing kepada pihak berkuasa diminta segera berbuat demikian, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Hasan Timbasal.

Beliau berharap semua nelayan mendaftarkan bot atau kapal mereka bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal yang keluar masuk di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Kami menyambut baik peraturan pihak berkuasa yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan. Saya berharap langkah itu dapat membantu mengatasi masalah jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di perairan pantai timur Sabah, sekali gus memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terus terjamin,” katanya.

Hasan berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan peraturan baharu yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan.

Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lima langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah termasuk mewajibkan semua kapal dan bot didaftarkan bagi membezakannya dengan bot yang digunakan pihak penjenayah rentas sempadan.

Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar, rakyat China dari Guangzhao, dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, di Pulau Baik, Lahad Datu, pada 2.45 pagi, 6 Mei lepas oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Sementara itu, seorang nelayan Bacho Bedu, 50, berharap beberapa langkah drastik yang diumumkan itu dapat memastikan jenayah rentas sempadan tidak akan berlaku lagi.

“Jika ada kawalan keselamatan yang ketat kami para nelayan tidak takut lagi untuk turun ke laut walaupun keluar menangkap ikan pada waktu malam,” katanya yang bekerja sebagai nelayan sejak 35 tahun lepas. – BERNAMA
Nelayan Di Tawau Diminta Segera Daftar Bot Nelayan Di Tawau Diminta Segera Daftar Bot Reviewed by Admin on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.