Seo Services

Menguap? Otak anda terlalu panas


Adakah anda pernah mengalami situasi ini? Orang lain menguap dan anda juga turut terjebak menguap. Menguap sering dikaitkan dengan tanda-tanda awal mengantuk. Ia juga adalah salah satu simpton yang mudah berjangkit. Jika anda sedang menguap banyak kali, periksa suhu banda anda.

Para penyelidik mengatakan kita mungkin menguap apabila suhu badan meningkat menyebabkan otak anda terlalu panas. Ternyata bahawa menguap berkait rapat dengan mengawal suhu otak.

Dalam kajian tersebut, ramai yang bersetuju dengan penyelidikan sebelum ini, pakar-pakar di University of Vienna telah menunjukkan gambar-gambar menguap kepada pejalan kaki di Austria dan Arizona.

Tujuan mereka melakukan ini adalah untuk menguji bahawa menguap juga cenderung kepada faktor suhu. Malah, lebih cenderung pada suhu yang tinggi.

Selepas kajian dijalankan di kedua-dua musim panas dan musim sejuk, para penyelidik mendapati bahawa menguap paling sering berlaku pada suhu sekitar 68 darjah Fahrenheit.

Para saintis berpendapat bahawa terdapat “tetingkap terma untuk menguap” dan ia terbuka apabila kita panas tetapi udara yang cukup sejuk untuk menguap akan menurunkan suhu badan kita.

Penelitian sebelumnya telah menunjukkan bahawa kita akan menguap setelah suhu dalam badan kita meningkat.

Kajian juga mendapati faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka.

Keletihan, tekanan dan kekurangan rangsangan juga boleh memberi kesan kepada suhu otak kita.
Menguap? Otak anda terlalu panas Menguap? Otak anda terlalu panas Reviewed by Admin on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.