Brian Veatch, 52, mengalami masalah ketika membawa iklan berbentuk kain rentang di kawasan kejiranan di bandar Northglenn sebelum pesawatnya terhempas pada bahagian belakang rumah dua tingkat itu.
Rempuhan itu mengakibatkan kebakaran kecil yang meninggalkan lubang besar di dinding rumah berkenaan, manakala ekor kapal terbang terbabit turut dilihat terjuntai keluar.
Veatch yang juga seorang anggota bomba bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan malah sempat memadamkan api menggunakan paip getah dari pili air di belakang rumah berkenaan.
Jurucakap polis Ron Haralson berkata, Veatch dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
“Penghuni rumah itu berada di luar ketika kejadian dan hanya ada dua anjing ditinggalkan di situ tetapi haiwan berkenaan selamat,” katanya.
Veatch pernah membeli rumah itu pada 2000 sebelum dijual pada Mei 2003.
Namun Haralson menegaskan kes itu sekadar satu kebetulan kerana tiada apa-apa yang dapat mengaitkan Veatch dengan pemilik rumah berkenaan. - Agensi
Pelik! Kebetulan yang tidak disangka
Reviewed by Admin
on
May 08, 2014
Rating:
No comments: