TAIPING - Kabinet tidak bercadang untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.
"Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping, di sini, hari ini.
Najib mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai berkata, jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah. - Bernama
Tiada cadangan mansuh ruangan kaum
Reviewed by Admin
on
May 08, 2014
Rating:
Kenapa agak isu ini timbul? Terdapat dlm ruangan "kaum" yg dilihat tidak mengambarkan sebenar - "lain-lain". Hanya kaum terbesar saja dicatat dlm ruang tersebut - Melayu,Cina dan India.Manakala kaum/etnik spt Iban,Org Ulu,Bidayuh,Kadazan etc dirangkumi dlm "lain-lain".Itu saja masalahnya.Kenapa tidak kaum/etnik di Sarawak,khasnya,dikumpulkan dlm "Dayak" yg lebih dilihat adil.("Dayak" naklah diperjelaskan juga.Berilah nama2 kaum etnik yg dikumpulkan dlm "kaum Dayak").
ReplyDeletesekadar pandangan 5sen