Pemain terbabit yang berusia 20 tahun ditahan ketika datang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, selepas rakan sepasukannya yang berusia 26 tahun membuat aduan di situ pada jam 2 petang.
Dalam kejadian pada 1 April lalu, pemain terbabit terkejut selepas mendapati wang tunai RM500 yang disimpan di bilik persalinan ketika sesi latihan di Padang Seri Gelam, dekat sini hilang.
Rakaman CCTV
Lebih memeranjatkan lagi apabila hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wang itu dicuri oleh rakannya sendiri yang juga pemain pasukan berkenaan.
Kejadian didakwa berlaku pada jam 8.30 pagi 1 April lalu, ketika mangsa meletakkan beg dalam bilik persalinan untuk sesi latihan biasa.
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemain berkenaan digugurkan serta-merta daripada pasukan selepas didapati mencuri wang rakan sepasukannya.-BH
Pemain JDT curi RM500 ditahan polis
Reviewed by Admin
on
May 09, 2014
Rating:
No comments: