Seo Services

Ruang kaum dalam borang kekal - PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Menurut beliau, Kabinet tidak membuat sebarang perubahan me­ngenainya, sebaliknya amalan itu dikekalkan.

Beliau mengakui ada perbincangan mengenai perkara itu tetapi menegaskan, keputusan kerajaan adalah mengekalkan dasar sedia ada.

"Tiada sebarang perubahan dasar mengenai ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan di mana ia (ruangan kaum) masih dikekalkan.

"Kabinet tidak membuat keputusan memansuhkan keperluan untuk mengisi ruangan tersebut.

"Kita ada bincang mengenainya tetapi keputusannya adalah kita mengekalkan amalan dan dasar sedia ada, justeru kenyataan Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tidak tepat.

"Saya diberitahu beliau akan membuat kenyataan memohon maaf di atas kesilapan yang telah beliau buat," katanya selepas me­rasmikan Rumah UMNO Bahagian Taiping di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan barisan Exco kerajaan negeri.

Perdana Menteri mengulas ke­nyataan Joseph Entulu semalam bahawa Jemaah Menteri memutuskan menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan kerana dianggap tidak perlu ketika melakukan urusan.

Antaranya borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)

Tambah Perdana Menteri, tujuan kerajaan mengekalkan dasar sedia ada bukan kerana mahu melebarkan jurang antara kaum dari segi sentimen atau perasaan.

Sebaliknya, tegas beliau, perkara itu perlu dilihat secara positif ke­rana kerajaan mahu menentukan setiap kaum mendapat pertimba­ngan yang adil dengan tiada mana-mana etnik ketinggalan dari segi pembangunan.

"Dasar ini (mengekalkan ruangan kaum) juga perlu dikekalkan demi kepentingan statistik, perangkaan. Kita memerlukan data (jumlah kaum).

"Kalau tidak kita tiada ada pe­rangkaan, data kita tidak lengkap dan ini akan menimbulkan banyak kesulitan dari segi untuk melihat kemajuan setiap kaum," ujar beliau.

Ruang kaum dalam borang kekal - PM Ruang kaum dalam borang kekal - PM Reviewed by Unknown on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.