Yang di – Pertua Negeri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata semalam, kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di bandar-bandar utama yang sedang pesat membangun untuk memudahkan mobiliti masyarakat setempat.
Pada majlis perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, beliau berkata pengangkutan yang efektif dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masa perjalanan bagi orang ramai. Pada masa yang sama juga, pendapatan
industri pelancongan dapat ditingkatkan melalui perkhidmatan awam yang cekap.
Menurut beliau lagi, Tahun Melawat Sarawak 2014 adalah pemangkin untuk memacu industri pelancongan serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. Beliau meminta penduduk Sarawak menyambut pelancong dengan kemesraan dan muhibah serta mencerminkan keharmonian pelbagai etnik di negeri ini.
“Sarawak bukan sahaja terkenal dengan produk pelancongan yang unik dikalangan pelancong tetapi juga sifat ramah mesra dan muhibah rakyat kita yang berbilang kaum.”
Bagi menarik lebih ramai pelancong asing, beliau berkata adalah penting bagi rakyat Sarawak menajaga tempat-tempat awam bersih dan selamat.
"Aspek kebersihan alam sekitar juga perlu diberi penekanan yang sewajarnya kerana ia mencerminkan sifat dan identiti rakyat Sarawak."
Taib menegaskan rencana pembangunan negeri serta program pembangunan ekonomi haruslah berasaskan keselamatan dan ketenteraman di tempat awam.
Katanya, rakyat Sarawak harus tetap fokus dan tidak mudah tergugat dengan kedua-dua unsur elemen tempatan mahupun luar negara terutamanya mereka yang mempunyai isu kemajuan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat.
Dengan adanya keselamatan dan ketenteraman di tempat awam, dijangkakan lebih banyak pelaburan dan ketibaan pelancong asing ke negeri ini.
“Disebabkan Sarawak mempunyai permukaan tanah yang besar, sempadan yang panjang dan persisiran pantai, keselamatan di pintu masuk perlu diperketatkan untuk menghalang aktiviti haram seperti penyuludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah terancang yang dating dari seberang sempadan.”
"Agensi penguatkuasaan seperti Tentera, Polis dan Maritim mestilah membangunkan aset pertahanan mereka serta memperhebatkan usaha untuk membuat rondaan di sepanjang kawasan sempadan serta pantai."
Bagi memastikan penduduk tempatan berasa selamat berada di rumah, beliau berkata pihak berkuasa termasuk polis dan rela seharusnya meningkatkan rondaan di kawasan perumahan.
Untuk majlis-majlis tempatan, katanya , haruslah memasang sistem pengawasan dan teknologi moden seperti CCTV di lokasi-lokasi strategik untuk mencegah kegiatan jenayah.
PENGANGKUTAN AWAM DI SARAWAK PERLU DITINGKATKAN - TAIB
Reviewed by Admin
on
May 06, 2014
Rating:
No comments: