Seo Services

Ibu Kelar Leher Bayi Baru Lahir, Kemudian Ke Disko


JERMAN – Bimbang kehidupan bebasnya termasuk hubungan seks akan terjejas, seorang gadis bertindak kejam dengan mengelar leher bayi yang baru 30 minit dilahirkannya, sebelum dia pergi berlibur di sebuah disko.

Gadis itu, Nadine Koenig, 20, dari Regensburg, telah membunuh bayinya itu dengan pisau kerana bimbang kehidupannya akan terganggu dengan kelahiran bayi tidak berdosa tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh pendakwaraya dalam perbicaraan kes bunuh terhadap gadis berkenaan.

“Awak bimbang kehidupan sosial dan hubungan seks awak akan terjejas dengan kelahiran bayi itu, menyebabkan awak tidak dapat berfikir dengan betul dan bertindak kejam,’’ kata pendakwaraya Ulrike Klein.

Nadine yang menyembunyikan kehamilannya daripada ibu bapanya, telah melahirkan bayi tersebut di rumahnya, pada bulan Februari tahun lepas.

Selepas membunuhnya, dia membuang mayat bayi itu berhampiran Danube. Setelah Nadine ditangkap, ibunya, Kerstin, 44, membunuh diri.-mynewshub
Ibu Kelar Leher Bayi Baru Lahir, Kemudian Ke Disko Ibu Kelar Leher Bayi Baru Lahir, Kemudian Ke Disko Reviewed by Admin on May 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.