Seo Services

PM akan hadir majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad Said - 17 Mei

Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari
Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada Sabtu ini bagi menunjukkan semangat muhibah selepas menyelesaikan krisis politik di negeri ini.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Said, Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Roslee Daud dan Ghazali Taib kerana telah menarik balik keputusan mereka untuk meninggalkan Umno , yang mungkin majoriti akan mengecewakan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

"Saya berasa gembira kerana mereka telah memutuskan untuk meletakkan kepentingan parti di atas semua aspek, dan mengucapkan terima kasih diatas semangat yang mereka tunjukkan dalam menyelesaikan krisis ini," kata Najib pada Autoforum 2014 di sini.

Pada mulanya, Ahmad Said membuat keputusan untuk keluar dari Umno dan menjadi wakil bebas apabila permintaan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majlis perkahwinan anak perempuannya telah ditolak.

Najib bagaimanapun berkata isu itu berpunca daripada salah faham, disebabkan resepsi perkahwinan yang menjadi persoalan, dijadualkan pada 17 Mei ini, merupakan majlis kedua selepas majlis yang pertama telah diadakan pada 11 Mei lalu.

"Kami tidak tahu tentang majlis resepsi yang kedua, dan seperti yang kami fikir majlis perkahwinan tersebut sudah selesai."

"Krisis ini cuma salah faham," kata beliau.


Sumber - New Straits Times
PM akan hadir majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad Said - 17 Mei PM akan hadir majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad Said - 17 Mei Reviewed by Unknown on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.