Seo Services

‘KAX’ Menjadi Trend Selebriti Hari Ini


 
Hanya segelintir sahaja yang hanya mengenali apa itu ‘Kax’. Kax merupakan patung comel yang menjadi BFF yang mulai popular dikalangan selebriti tanah air kita pada masa kini. Kalau anda perasan, ramai selebriti tanah air kita dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya dan di muat naik di Instagram.

Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Kax ini. Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun.

Antara selebriti tanah air yang mempunya patung comel yang untuk dijadikan BFF atau peneman seharian mereka antaranya Erin Malek, Dafi, Nelydia Senrose, Najwa Latiff, Fizo Omar dan ramai lagi.

Lapan variasi Kax ini ialah Dolly, Peachy, Joey,Foxy,Romeo,Mia,Jasper, dan Harley. Masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Kax ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sumber inspirasi dengan kelainan watak yang cukup unik yang ada pada diri mereka. Dengan harga yang yang mencecah RM550.00,jelaslah Kax sememangnya patung comel yang mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga bergelar BFF kepada selebriti tanah air kita.

‘KAX’ Menjadi Trend Selebriti Hari Ini ‘KAX’ Menjadi Trend Selebriti Hari Ini Reviewed by Admin on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.