Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pada 31 Mei adalah hari mengundi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan manakala hari penamaan calon adalah pada 19 Mei. Menurutnya, tarikh pengundian awal pada 27 Mei.
Beliau juga memberitahu sebanyak 36 pusat mengundi akan dibuka, 35 bagi pengundian biasa yang mengandungi 120 tempat mengundi dan sebuah pusat mengundi awal.
Pilihan raya kecil tersebut diadakan kerana ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Seah Leong Peng yang telah meninggal dunia pada 1 Mei lalu akibat penyakit kanser.
Seah Leong Peng yang menang di kerusi parlimen Teluk Intan telal berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Datuk Ibrahim Ahmad, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan akan dilantik sebagai pengurus pilihan raya nanti. Selain itu, pihak SPR juga akan melantik enam pegawai lain yang melibatkan 957 petugas pilihan raya.
Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Jalan Changkat Jong. Manakala pusat pengiraan undi awal akan diadakan di bilik Audit Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
SPR menjangkakan seramai 60,349 pemilih berdaftar akan hadir bagi kerusi Parlimen Teluk Intan kelak - Sarawakiana

PRK Teluk Intan : 31 Mei undi, 19 Mei penamaan calon
Reviewed by Admin
on
May 08, 2014
Rating:
No comments: