Seo Services

Tampal pita pelekat di mulut bayi


Manila - Sekeping gambar mulut seorang bayi berusia 5 hari ditampal dengan pita pelekat mula tersebar meluas di internet sejak semalam.

Gambar bayi lelaki malang itu dengan mata tertutup ditampal pita pelekat didakwa berlaku di Hospital Bersalin Cebu.

Bapa bayi terbabit, Ryan Noval berkata mulut anaknya ditampal dengan pita pelekat kerana terlalu kerap menangis dan bising. Dia yang kecewa dengan layanan jururawat hospital berkenaan bertindak mengambil gambar anaknya untuk disiarkan di laman sosial, Facebook.

"Inilah anak saya, Yohannes Noval. Dia tidak mampu bersuara mengenai pengalaman ngerinya, justeru kita harus bersuara untuk dia."

Pengguna Twitter, Melanny Monroy berharap jururawat yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya itu dipenjarakan kerana kebodohannya.

Pihak hospital pula akan menjalankan siasatan ke atas aduan yang dibuat oleh bapa bayi berkenaan.
Tampal pita pelekat di mulut bayi Tampal pita pelekat di mulut bayi Reviewed by Admin on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.