Korea selatan adalah salah satu negara yang mempunyai kadar tertinggi di dunia kecenderugan melakukan pembedahan plastik. Pembedahan plastik di Korea Selatan tidak hanya popular di kalangan wanita, sambutan daripada para lelaku turut sama melakukan hal itu kerana ingin menjadi orang yang lebih sempurna secara fizikal.
Pembedahan plastik di Korea Selatan telah menjadi satu kebiasaan kepada rakyatnya. Mungkin ini rahsia atau formula mereka yang ingin kekal menawan. Kecantikkan yang dimiliki oleh mereka tidak semuanya asli. Sehinggakan ada terdapat rancangan realiti tv yang membuat transformasi wajah seorang gadis yang mempunyai wajah hodoh bertukar kepada jelitawan selepas membuat pembedahan plastik ini.
Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu, pembedahan plastik mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik, mudah diterima serta lebih yakin dengan wajah yang cantik untuk berhadapan dengan orang disekeliling. Akan tetapi ada juga kesan negatif yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka yang melakukannya.
kecantikan sebenarnya sangat subjektif pada dasarnya. Tidak semestinya memerlukan pembedahan plastik untuk menjadi cantik dan diterima ramai. Apa yang berlaku di sekeliling masa kini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak bahawa keinginan menjadi cantik akan melampaui batas. Jika tersilap langkah, Kesan sampingan pembedahan plastik yang berlaku di Korea Selatan.
Di sebalik keayuan wajah-wajah di Korea Selatan
Reviewed by Admin
on
May 15, 2014
Rating:
No comments: