Seo Services

Skateboard Diperbuat Dari Emas Berharga RM48,830 Termahal Didunia.

New York: Ia papan luncur termahal di dunia, dijual dengan harga mengejutkan £9,000 (RM48,830). Papan itu disalut dengan emas tulen dan boleh digunakan seperti biasa walaupun berdepan dengan kerumitan untuk menyiapkannya.

Menurut pereka papan luncur berkenaan, pembeli bertuah harus memakai sarung tangan khas bagi mengelak permukaannya comot.

Papan itu direka untuk kedai papan luncur New York, SHUT oleh pereka, Mathhew Willet.

Dia berkata, penting untuk papan luncur itu berfungsi sepenuhnya terutama kerana harganya.

Keenam-enam komponen papan berfungsi biasa, walaupun objek berkenaan disadur dengan emas dan berat 80 peratus lebih berbanding papan biasa.

Selepas setiap komponen disalut emas, ia digilap dengan tangan sebagai penyudahan.

Willet berkata: “Papan itu melalui banyak ujian, tetapi akhirnya ia hasil yang menakjubkan dan memberi pengalaman yang banyak.” - Agensi
Skateboard Diperbuat Dari Emas Berharga RM48,830 Termahal Didunia. Skateboard Diperbuat Dari Emas Berharga RM48,830 Termahal Didunia. Reviewed by uMieySurianie on June 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.