Ekoran peristiwa menyayat hati pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pro pemisah Rusia yang terjadi pada minggu lepas, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah meletak jawatan malam tadi menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.
Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak.
Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
Pengebomam terus dilanjutkan di kawasan berhampiran walaupun gencatan senjata diumumkan kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta.
PM Ukraine letak jawatan
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2014
Rating:

No comments: