Seo Services

15 Lagi Lorong Memotong Dibina Di Jalan Raya Pan-Borneo

KUCHING, 27 Ogos (Bernama) -- Pembinaan lorong tambahan di 15 lokasi untuk memudahkan pengguna memotong di Jalan Raya Pan-Borneo di bahagian Sarawak, disasar dapat disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang berakhir tahun depan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak Datuk Seri Michael Manyin berkata lima daripada lorong itu sudah siap dibina, manakala selebihnya kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Road Attribute Data Logger and Inspection System (Radis) di sini hari ini, beliau berkata secara keseluruhan, 95 tempat di sepanjang jalan raya sepanjang 770km antara Serian di bahagian selatan Sarawak dan Miri, bandar raya di utara negeri ini, dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan lorong untuk memotong.

Pembinaan lorong tambahan itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan lebih besar untuk menaik taraf Jalan Raya Pan-Borneo sebagai lebuh raya dua lorong, yang dianggar melibatkan kos RM12 bilion.

"Sekiranya kita dapat itu (dana), sekurang-kurangnya bahagian pertama daripada impian kita (untuk mempunyai lebuh raya jarak jauh di Sarawak) akan menjadi kenyataan," katanya.

Manyin berkata Sarawak juga mendapat dana RM80 juta daripada kerajaan persekutuan untuk menaik taraf bahagian jalan sepanjang lapan kilometer antara Km16 and Km24 Jalan Raya Kuching-Serian untuk dijadikan lebuh raya dua lorong.

Menurut beliau projek itu, yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bahagian laluan berkenaan, kini menunggu masa untuk dimulakan.

Mengenai sistem Radis yang dilancarkan itu, Manyin berkata Jabatan Kerja Raya Sarawak akan membuat pemantauan terhadap projek perintis tersebut, yang akan menjadi sebahagan daripada kira-kira 100km jalan raya utama di negeri ini.

Sistem itu dibangunkan bersama oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan kerjasama Recogine Technology Sdn Bhd sebagai platform bagi mempromosikan program penilaian jalan raya di seluruh negara.

Pelancaran sistem itu juga dilakukan bersempena Persidangan Pelindungan Laga Antarabangsa 2014 anjuran Miros di sini.-- BERNAMA

15 Lagi Lorong Memotong Dibina Di Jalan Raya Pan-Borneo 15 Lagi Lorong Memotong Dibina Di Jalan Raya Pan-Borneo Reviewed by Admin on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.