Seo Services

PAS tunggu surat istana sebelum umum calon MB Selangor

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan menunggu surat daripada Istana Selangor sebelum membuat keputusan mengenai cadangan nama menteri besar seperti yang dititah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Beliau berkata setakat ini belum ada cadangan nama ketiga bagi pihak Pas untuk diketengahkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu dan dan akan bermesyuarat sekiranya perlu nama ketiga.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau enggan mengulas sekiranya ada nama-nama calon daripada pihak PAS sendiri.

Pada 17 Ogos lepas, Pas memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu di samping calon sedia ada, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama, gabungan pembangkang, iaitu Pas, PKR dan DAP bersetuju Dr Wan Azizah dinamakan sebagai calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - BERNAMA

PAS tunggu surat istana sebelum umum calon MB Selangor PAS tunggu surat istana sebelum umum calon MB Selangor Reviewed by Admin on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.