Seo Services

Pokok berusia 100 tahun tumbang menyembah bumi.

 


LIMBANG: Hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sejak lebih kurang jam 12 tengah hari semalam telah mengakibatkan sebatang pokok kayu ara yang berusia lebih daripada 100 tahun yang terletak di kawasan Tebingan Sungai Lawas tumbang.

Berikutan kejadian tersebut, jalan Lawas Damit dimana jalan yang menuju ke Lapangan TerbangLawas telah terhalang.

Menurut sumber , nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadiaan tersebut.

Pihak Jabatan Kerja Raya pula telah mengeluarkan notis serta merta untuk memaklumkan penutupan sementara jalan tersebut untuk pengguna sehingga kerja pembersihan selesai.

Dalam pada itu, Pihak Bomba dan Penyelamat Lawas ketika dihubungi semalam telah mengesahkan kejadian tersebut dan mereka telah menggerakan anggota melakukan tugas-tugas pembersihan.-sarawakiana


Sumber:RTMSarawak.
Pokok berusia 100 tahun tumbang menyembah bumi. Pokok berusia 100 tahun tumbang menyembah bumi. Reviewed by Unknown on August 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.