Seo Services

2 kucing berwajah 'merajuk' antara haiwan paling kaya di dunia


LONDON - Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah 'merajuk' menjadi antara haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound (RM5,238) sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.

Laman web Mail Online melaporkan kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta).

Grumpy Cat yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi pendapatan lumayan kepada pemiliknya, Tabatha Bundesen.


Seekor lagi kucing diberi nama Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 pound ke atas sehari kerana terbabit dalam beberapa projek iklan.

Pemilik Bronte, Caroline Bailey berkata, kucingnya tidak bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran dan kemudahan haiwan tersebut.

Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan telefon mudah alih yang disaksikan lebih lima juta kali di laman web YouTube.

Dua ekor kucing berkenaan akan menjadi antara subjek utama di Britain apabila haiwan berkenaan bakal muncul dalam rancangan televisyen, Star Paws: The Rise of Superstar Pets pada minggu ini.

2 kucing berwajah 'merajuk' antara haiwan paling kaya di dunia 2 kucing berwajah 'merajuk' antara haiwan paling kaya di dunia Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.