ALABAMA - Sebuah keluarga di sini berjaya menangkap seekor buaya gergasi dan direkodkan sebagai tangkapan buaya terbesar di negeri ini, kelmarin.
Portal Mail Online melaporkan, reptilia yang berukuran 457 sentimeter panjang dan seberat 458 kilogram itu berjaya ditangkap oleh keluarga Stokes berhampiran Thomaston, di sini.
Mandy Stokes berkata, dia bersama ahli keluarga termasuk suaminya, John, abang iparnya, Kevin Jenskins dan dua anaknya, Savanah dan Parker mengambil masa selama 10 jam untuk menangkap buaya gergasi itu.
Mereka sebelum itu, mula memburu buaya tersebut sejak malam Jumaat sehingga berlarutan keesokan paginya.
Mandy berkata, mereka sekeluarga melalui pelbagai rintangan untuk menangkap buaya itu, sebelum bertarung dengan haiwan ganas tersebut dan membuat keputusan membunuhnya.
"Pada awalnya, keadaan adalah tenang tetapi selepas menariknya ke darat, buaya itu mula mengamuk," ujar Mandy.
Binatang tersebut akhirnya terpaksa diangkat menggunakan jentolak dan ditimbang.
Buaya tersebut kini secara rasmi dinamakan sebagai buaya yang paling besar di Alabama, yang membenarkan penangkapan buaya, sekali gus mencatatkan rekod baharu.
Jun lalu, Safari Club International mengumumkan seekor buaya seberat 390 kilogram dan sepanjang 426 sentimeter panjang dibunuh di Chalk Creek berhampiran Lufkin, Texas oleh Justin Well dari Bossier City.
Buaya gergasi berjaya ditangkap
Reviewed by Unknown
on
August 19, 2014
Rating:
No comments: