Seo Services

Hubungan Intim menyakitkan?

 
Tidak semua yang ‘nikmat’ itu menyenangkan. Jika dirasakan ada yang tidak kena, segeralah bertindak agar hubungan intim lebih sihat dan ikatan suami isteri bertambah erat.
 
Kesakitan itu adalah sesuatu yang normal jika kali pertama melakukan hubungan intim. Namun demikian sekiranya rasa sakit berlanjutan pasti ada sesuatu yang perlu diberi perhatian.
 
Ramai antara kita yang tidak peka dan kurang ambil peduli mengenai punca permasalahan ini berlaku. Berikut adalah senarai faktor dan jalan penyelesaian yang praktikal (boleh dicuba) untuk menangani masalah ini.
 
Diselubungi Rasa TakutBagi segelintir wanita yang baru melahirkan cahaya mata, mereka dihantui rasa takut dan bimbang untuk melakukan hubungan intim bersama suami. Kebimbangan tercetus kerana mereka fobia dengan kesan jahitan pada kemaluan, luka pada faraj akibat pembedahan dan lain-lain.
 
Kecacatan Kongenital Pada Sistem Peranakan Ia tidak berlaku akibat kesan pembedahan kerana secara semula jadi, terdapat segelintir wanita dilahirkan mempunyai selaput dara tebal, faraj yang sempit (vaginal stenosis) dan sebagainya. Kecacatan ini boleh menyebabkan punca kesakitan yang serius ketika hubungan intim berlaku.
 
VaginismusMenurut pakar sakit puan, kekejangan otot sekitar faraj (vaginismus) yang berlaku tanpa disedari juga boleh menyebabkan kesukaran penetrasi sekali gus mengakibatkan kesakitan ketika berhubungan intim.

Kurang PelincirKurang aktiviti foreplay dikaitkan sebagai antara penyebab kekurangan pelincir. Namun demikian ia lebih dikaitkan dengan kekurangan hormone selepas menopaus, selepas pantang atau menyusu badan. Antara factor lain kekurangan pelincir yang lebih jarang adalah kesan sampingan kerana pengambilan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selesema, sedative dan sesetengah pil perancang.
 
Jangkitan KumanJangkitan bakteria atau kuman pada pundi kencing dan faraj juga boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan intim.

Parut AkibatPembedahan Parut daripada pembedahan seperti histerektomi dan kimoterapi juga disifatkan sebagai faktor penyebab kesakitan sewaktu hubungan intim. Malah ada segelintir wanita bimbang jika ia menyebabkan mereka gagal mencapai klimaks tepat pada masanya.
 
Emosi dan KurangYakin Pada Diri Kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam kelangsungan hubungan intim yang sihat. Jika gagal ditangani dengan baik, ia boleh mendorong kepada masalah kesakitan sewaktu hubungan intim berlaku. Bimbang, murung dan rendah diri terhadap bentuk fizikal tubuh boleh menyebabkan kurang rasa erotik lantas menjurus kepada rasa sakit sewaktu hubungan intim. Rasa tertekan misalnya boleh menyebabkan otot faraj menjadi tegang sekali gus penetrasi sukar berlaku.
 
Berikut adalah antara solusi dan jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini:
 
Alternatif 1
 
Dapatkan Nasihat Doktor
Jika kerap mengalami sakit ketika hubungan intim, dapatkan konsultasi daripada doctor sakit puan. Maklumkan dengan terperinci seperti kekerapan kesakitan, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia kerap terjadi. Usah malu menceritakan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu kerana dikhuatiri ia menjadi punca kesakitan ketika hubungan intim berlaku. Maklumkan juga kepada doktor jika anda mengambil sebarang pil, jamu atau ubat sebagai solusi untuk menangani masalah ini.

Alternatif 2
 
Ubah Posisi
Sekiranya posisi biasa menyebabkan anda berasa sakit ketika melakukan hubungan intim, ada baiknya anda menukar posisi tersebut. Cuba ekperimen dengan posisi yang berlainan bagi memastikan anda dan suami tidak mengalami sebarang kesulitan ketika melakukan hubungan intim.
 
Alternatif  3
 
Komunikasi dan Sokongan Suami
Berbincanglah dengan suami jika factor emosi menjadi punca utama yang perlu dikongsi. Komunikasi dan perbincangan dari hati ke hati adalah terapi mudah lagi berkesan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sokongan daripada suami juga penting agar tidak timbul isu ‘makan berdua kenyang seorang’ okey!
 
Hubungan Intim menyakitkan? Hubungan Intim menyakitkan? Reviewed by uMieySurianie on August 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.