Seo Services

24 Unit CCTV Beresolusi Tinggi Akan Dipasang di Bandaraya Kuching (DBKU)


Warga-warga Bandaraya Kuching sememangnya bertanya-tanya apakah kegunaan tiang besi yang mencecah lebih 30 kaki terpacak sejak kebelakangan ini di beberapa tempat di lokasi bandaraya ini.

Tiang sebesar pemeluk tersebut sebenarnya adalah untuk menempatkan kamera-kamera beresolusi tinggi yang boleh di zoom dan juga diguna pada waktu malam dengan penggunaan cahaya yang minima.

Ini didedahkan oleh Datuk Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Haji Julai Abang Wahap kepada pemberita sebaik sahaja melancarkan Majlis MeTRA, Kempen Keselamatan Jalanraya di Jalan Tunku Abdul Rahman di dini sebentar tadi.

"Ini adalah projek kerajaan persekutuan dan buat kawasan DBKU, sebanyak 24 unit CCTV sebegini akan di pasangkan di tempat-tempat yang strategik untuk memantau sebarang kejadian jenayah, vandalisma dan sebagainya."

"Kamera-kamera tersebut akan di pantau oleh pihak berkuasa dan projek ini sebenarnya telah lama dirancangkan," katanya lagi sambil menolak dakwaan projek tersebut mungkin telah di segerakan kerana kes pembunuhan dua warga Britain tidak lama dulu.

"Kerajaan pusat dan negeri serta agensi berkaitan sememangnya sentias menambahbaik keselesaan dan keselamatan penduduk setempat dan pemasangan CCTV ini dengan kes pembunuhan tersebut adalah secara kebetulan.- Sarawakiana
24 Unit CCTV Beresolusi Tinggi Akan Dipasang di Bandaraya Kuching (DBKU) 24 Unit CCTV Beresolusi Tinggi Akan Dipasang di Bandaraya Kuching (DBKU) Reviewed by Admin on August 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.