Seo Services

Siapa kata wanita 40an tidak boleh menikmati seks?

 
Selamat datang ke usia 40-an di mana usia ini merupakan fasa paling ditakuti oleh kebanyakan wanita kerana ia boleh mengubah gaya hidup seks anda dengan lebih ketara, termasuklah penampilan dan tahap fizikal!
 
Tolak botoks atau apa saja pancaran laser yang pastinya menelan kos perbelanjaan yang tinggi, menyakitkan tetapi belum tentu memberi kesan buat anda. Anda masih boleh kelihatan menarik dan nakal biar pun usia mencecah 40an.
 
Semua maklum, hormon estrogen semakin berkurangan malah kurang pelincir dihasilkan. Kekurangan pelincir ini membuatkan gaya hidup seks anda hambar dan mula mengganggu mental kedua-dua pasangan.
 
Kami menyarankan anda membuat temu janji dengan pakar gynaecologist untuk pemeriksaan rapi atas masalah yang dihadapi. Anda juga boleh lakukan sendiri dengan memeriksa dinding faraj sama ada berwarna pucat (merah jambu) atau gelap menggunakan cermin. Ia merupakan petanda pelincir semulajadi anda sudah berkurangan.
 
Sebagai wanita yang sudah berkahwin, usah malu menjadikan produk pelincir sebagai senarai mesti ada dalam troli anda. Jika ia boleh mengembalikan kehangatan asmara bersama suami seperti awal perkahwinan dulu, tidak ada salahnya! Dengan menyapu pelincir boleh membantu meningkatkan peluang penghasilan pelincir dan memnuat anda berdua selesa.
 
Di saat usia 40an, kami percaya kewangan anda dan juga pasangan sudah mula kukuh. Luangkan sedikit masa utnuk bersama dan melupakan seketika lambakan kerja di pejabat. Merancang percutian atau bulan madu sekali lagi adalah idea yang baik. Sesekali berbicara nakal bersama pasangan juga boleh mengingatkan kembali saat mula-mula melayari malam pertama.
 
Siapa kata wanita 40an tidak boleh menikmati seks? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, bukan!
 
Siapa kata wanita 40an tidak boleh menikmati seks? Siapa kata wanita 40an tidak boleh menikmati seks? Reviewed by uMieySurianie on August 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.