Seo Services

Isteri Kedua Bade Dikatakan Hamil, Erma Fatima Cari Peguam Untuk Fail Cerai?

 
Berdegup kencang hati ini bila baca satu ruangan gosip sebuah akhbar mingguan. Pengarah terkemuka yang sudah berumahtangga hampir 24 tahun ini dikatakan sedang cari peguam untuk failkan perceraian dengan suaminya, Bade.
 
Erma Fatima dikatakan mahu mengambil tindakan drastik tersebut dek kerana tertekan hidup bermadu dengan wanita bernama Aida yang dikahwini oleh Bade beberapa bulan lalu. Malah, wanita itu juga dikatakan kini sedang hamil.
 
Bagaimanapun, Erma ketika ditemubual oleh mStar Online menjelaskan bahawa dia tidak tahu siapakah dalang di sebalik penyebaran berita palsu ini yang kononnya didakwa merupakan teman rapatnya sendiri.
 
“Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?
Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar. Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata.”
 
Dalam pada itu, Erma turut memberitahu bahawa rumahtangganya bersama Bade tidak mengalami sebarang masalah seperti yang didakwa.
 
Aih. Hal rumahtangga jangan dibuat main-main ya? Saya rasa Erma sememangnya redha dirinya dimadukan dan kontroversi seperti ini tidak harus timbul. Yelah, Erma pun sudah cukup happy dengan lima orang anak angkatnya kan?
 
Hurm.. Jadi, lebih bagus kalau kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka melayari bahtera perkahwinan daripada mengada-adakan cerita sebegini.-Oh Bulan
Isteri Kedua Bade Dikatakan Hamil, Erma Fatima Cari Peguam Untuk Fail Cerai? Isteri Kedua Bade Dikatakan Hamil, Erma Fatima Cari Peguam Untuk Fail Cerai? Reviewed by uMieySurianie on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.