Seo Services

La Liga: Messi ledak dua gol bantu Barcelona benam Elche


BARCELONA: Lionel Messi tidak banyak mensia-siakan masa apabila meledak dua kali membantu Barcelona menewaskan Elche 3-0 untuk memulakan musim baharau kempen La Liga dengan nota ceria.

Ia juga satu perkhabaran baik buat jurulatih baharu, Luis Enrique yang berdepan tugasan berat memburu trofi utama selepas kelab berkenaan gagal musim lalu di bawah bimbingan Gerardo Martino.

Usaha pemain muda, Munir El Haddadi terkena palang dan begitu juga Andres Iniesta sebelum Messi memecahkan kebuntuan itu dengan gol pertama pada minit ke-42.

Barca bertambah perit apabila Javier Mascherano dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Garry Rodrigues seminit kemudian tetapi Munir yang hadir menggantikan Neymar menolak masuk gol kedua pada minit ke-46.

Messi - masih kecewa dengan kempen Piala Dunia selepas tewas 0-1 kepada Jerman dalam final, Julai lalu - berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-63 dan gol ketiga pasukan pada malam itu.

"Saya sentiasa sudah berkata Messi adalah pemain terbaik dunia dalam apa juga aspek anda mahu melihat," kata Enrique. "Jika Messi mahu menjadi pemain pertahanan dia akan menjadi pertahanan terbaik dunia." - AFP
La Liga: Messi ledak dua gol bantu Barcelona benam Elche La Liga: Messi ledak dua gol bantu Barcelona benam Elche Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.