Seo Services

Padah tunjuk isyarat lucah pada polis

KUCHING : Tindakan seorang penganggur menunjuk isyarat lucah kepada polis di Tebingan Kuching di sini, memakan diri apabila dia ditangkap dan berkemungkinan akan berhadapan hukuman penjara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz, polis Unit Pelancong sedang melakukan rondaan rutin apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang merayau-rayau di kawasan itu sekitar jam 2.10 petang, kelmarin.

Ketika melakukan pemeriksaan ke atas lelaki-lelaki tersebut, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan ke arah polis tersebut.

Remaja berusia 18 tahun itu kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis berhampiran.

“Suspek akan dituduh pada Isnin. Saya minta orang ramai menghormati tugas dijalankan polis dalam menjaga keselamatan,” katanya. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. - BP
Padah tunjuk isyarat lucah pada polis Padah tunjuk isyarat lucah pada polis Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.