Mama, Kenapa Usus Memen Kat Luar? – Linda Rafar Kongsi Saat Bersama Arwah Anak Dalam Novel. Pilu & Menyayat Hati
Sejak pemergian anak lelaki aktres Linda Rafar menghadap Ilahi, tak pernah sekalipun kami lihat Linda memuat naik apa-apa foto di laman instagram miliknya tanpa menitipkan doa buat buah hatinya itu.
Dek kerana terlalu merindui anaknya itu, Linda tampil dengan novel berjudul ‘Menunggumu Di Pintu Syurga’ yang menceritakan perjalanan hidup Allahyarham Memen. Melalui beberapa foto dan video yang dikongsi, buku tersebut bakal berada di pasaran September ini.
Kami difahamkan, Linda turut berkongsi kisah dari saat Memen dilahirkan, dibesarkan hingga disahkan mengidap kanser serta mendapatkan rawatan di hospital.
Ini adalah sedikit petikan daripada buku tersebut yang dikongsi melalui sekeping foto di Instagram Linda :
Itulah antara situasi yang terpaksa dihadapi oleh ibu muda ini. Bertapa Linda tabah saat diuji dengan dugaan yang hebat seperti ini.Al Fatihah.. Just sharing saat bersama arwah di hospital..
Bayangkan ye semua, masa arwah Memen didalam bilik operation, 6 hours saya menunggu diluar bilik bedah dan tak makan tak minum. Jantung saya bergerak laju dan macam nak jatuh rasanya saat menunggu dia keluar dari bilik bedah. Bila doktor keluar, muka dan raut wajah doktor menunjukkan yang anak saya dalam kritikal..tapi doktor jawab Alhamdulillah operation succesful tapi ketumbuhan anak puan terlalu besar dan 80% mungkin KANSER. Jantung saya terstop few minutes. Saya cuba tenangkan hati dan saya dah yakin Allah itu ada. Bila arwah sedar daripada bius, arwah terus tengok usus dia diluar perut dan mula menangis teresak-esak dan bertanya, kenapa usus Memen kat luar mama? Sampai bila mama? Saya terdiam..saya cuba tipu dan pujuk dia..saya cakap kejap je sayang, dalam sebulan je. Hakikatnya doktor dah beritahu..Puan Linda, usus anak awak mungkin dalam setahun..sambungan dalam buku #menunggumudipintusyurga
Tersentuh hati bila melihat instavideo yang dibuat oleh Linda khas untuk Memen dengan iringan lagu Di Pintu Syurga. Jadi, fahamlah kami bahawa novel inilah yang menjadi tempat Linda meluahkan semua yang terbuku dihati mengenai puteranya itu.-Oh Bulan!
Mama, Kenapa Usus Memen Kat Luar? – Linda Rafar Kongsi Saat Bersama Arwah Anak Dalam Novel. Pilu & Menyayat Hati
Reviewed by uMieySurianie
on
August 19, 2014
Rating:
No comments: