Seo Services

Yayasan Hang Tawi Malaysia tiada permit untuk kutip derma


KUCHING - Semalam satu laporan Polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang curiga dengan sebuah pertubuhan yang dikatakan bertindak mengutip derma kononnya untuk didermakan kepada rakyat Palestin.

Hasil siasatan mendapati mereka tiada permit yang sah untuk mengutip derma bahkan pertubuhan mereka mengikut maklumat yang diperolehi mengesahkan Yayasan Hang Tawi Malaysia yang diasaskan oleh kumpulan SM Amin, difatwakan membuat ajaran sesat Azhar Wahab.

Sebelum ini mereka dikatakan terlibat dalam sindiket kutip derma Pusat Tahfiz Amal, sudah ditutup oleh kerajaan negeri Kedah. Terbaru, agen kutipan derma yayasan ini ditangkap dan didakwa di mahkamah Negeri Sembilan. Nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum menderma, dan ini merupakan senarai pihak yang mempunyai permit untuk mengutip derma kepada rakyat Palestin.

1. Aqsa Syarif.
2. Muslim Care.
3. Yayasan Amal Malaysia.
4. Aman Palestin.
5. MAPIM.
6. From Gaza With Love.
7. Tabung Media Prima.
Yayasan Hang Tawi Malaysia tiada permit untuk kutip derma Yayasan Hang Tawi Malaysia tiada permit untuk kutip derma Reviewed by Unknown on August 19, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. Dak nya baruk jak limpas meja mek. Teh Tarik Demak Laut. Setiap malam lebih kurang kul 9 mesti ada di sitok.

    ReplyDelete
  2. Kenak pihak berkuasa sik ambik tindakan tegas dalam hal tok? sik paham aku.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.