Seo Services

Orang Sarawak Perlu Ambil Peranan Dalam Industri Minyak Dan Gas


Ketua Menteri, Tan Sri Adenan meminta rakyat negeri ini agar mengambil peranan yang lebih aktif dalam industri minyak dan gas.

"Jangan kita menjadi tukang tengok sahaja apabila ada orang mengambil minyak dan gas kita, sebaliknya kita perlu mengambil penyertaan dalam industri itu," katanya.

Menurut Adenan, beliau telah berbincang dengan pihak Petronas dan kerajaan Pusat dalam usaha menambah pendapatan Sarawak melalui industri minyak dan gas.

"Selain itu, kita akan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan luar bandar seperti menyediakan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi memastikan kawasan pedalaman dapat membangun setanding dengan Semenanjung.

"Sehubungan itu, rakyat perlu terus memberi kerjasama kepada kerajaan agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.



Orang Sarawak Perlu Ambil Peranan Dalam Industri Minyak Dan Gas Orang Sarawak Perlu Ambil Peranan Dalam Industri Minyak Dan Gas Reviewed by Unknown on August 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.